Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tema : Keluarga
Tajuk : Keluarga Huda
Fokus Utama :
Standard Kandungan : 3.2    
 Standard Pembelajaran : 3.2.2
Fokus Sampingan :
Standard Kandungan : 2.1   
Standard Pembelajaran : 2.1.3
Objektif : Di akhir pembelajaran murid berupaya :
(i)                Menulis 5 suku kata terbuka dan tertutup.
(ii)              Mengeja dan membatang 5 perkataan suku kata terbuka dan tertutup.
Aktiviti :
Set Induksi (5 minit)
* Guru menayangkan video tentang keluarga.
* Murid menyebut ahli keluarga di dalam video.
Langkah 1 (7 minit)
* Guru memperkenalkan keluarga asas dengan menggunakan video
* Murid menyebut perkataan ‘ibu’, ‘bapa’, ‘kakak’, ‘abang’, dan ‘adik’ berpandukan  
  gambar  keluarga.

Langkah 2 (13 minit)
* Guru menunjukkan kad gambar dan kad perkataan.
*  Murid mengeja perkataan tersebut secara beramai-ramai dan individu.
Langkah 3 (10 minit)
           * Guru menunjukkan gambar dan perkataan di dalam video.
*  Murid menulis  dengan perkataan yang betul berdasarkan gambar dalam kumpulan.
Langkah 4 (10 minit) 
            *  Guru membimbing murid membina ayat tunggal.
            *  Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
Langkah 5 (10 minit)
            *  Murid membacakan ayat tunggal yang dibina.
Penutup (5 minit)
           * Guru menayangkan lagu “Sayang Semua” daripada video.
* Murid menyanyikan lagu .
Elemen Merentas Kurikulum : Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)