storyboard video kek cawan pelangi
KEK CAWAN PELANGI
LANGKAH 1 - PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam 1Malaysia.
Sebagaimana yang kita ketahui,terdapat banyak jenis kek yang berbagai rupa dan rasa
yang banyak dijual di pasaraya. Contoh kek-kek tersebut adalah seperti kek coklat, kek
butter, Kek pisang dan banyak lagi..
Pada pagi ini saya bersama rakan-rakan akan menunjukkan bagaimana untuk membuat
Kek cawan Pelangi , yang bukan sahaja menarik tetapi juga lazat dimakan bersama
keluarga.
LANGKAH 2 (TUNJUKKAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK
Untuk membuat kek pelangi ini, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah: ( CLOSE UP PADA BAHAN-BAHAN)
- 220 gm gula kastor
5 biji telur
250gm tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu)
50ml susu sejat (susu cair)
2 camca teh air suam
1 camca teh esen vanilla
Pewarna merah jambu
perasa strawberry
Pewarna hijau
LANGKAH 3 ( PENERANGAN CARA MEMBANCUH BAHAN KEK )
CARA-CARA MEMBUAT KEK PELANGI IALAH;
Mula-mula masukkan butter ke dalam mixer
Masukkan gula kastor
Pukul bahan hingga keputihan
Kemudian masukkan telur sebiji dahulu Pukul dengan kelajuan perlahan
Masukkan lagi sebiji telur sampai habis
Masukkan sesudu teh esen vanilla
Pukul lagi sampai kembang
(CLOSE UP SEWAKTU MEMUKUL BAHAN DAN MEMASUKKAN BAHAN)
(SAMBUNGAN LANGKAH 3 )
Masukkan 50 ml susu cair ke dalam bancuhan.Kacau hingga sebati.Seterusnya masukkan dua sudu teh air suam dan kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung kek yang telah diayak terlebih dahulu
Pukul tepung hingga rata menggunakan senduk
kemudian asingkan bahan kepada 3 bahagian
satu bahagian digaul dengan beberapa titik pewarna merah jambu
kemudian bubuh pula sedikit perasa strawberry
satu bahagian lagi digaul dengan beberapa titik pewarna hijau
sementara bekas ketiga warna asal putih sahaja
( Close up sewaktu masukkan bahan-bahan dan proses pembancuhan)
LANGKAH 4 ( MENYUSUN BAHAN DALAM ACUAN)
-Masukkan bancuhan tepung ke dalam cawan kertas
berselang-seli berlainan warna sehingga hampir penuh
- Setelah semua acuan kertas diisi dengan bancuhan tepung
-Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
-Bakar bancuhan kek selama 20minit dengan suhu 150 darjah celcius
( ( CLOSE UP SEWAKTU PROSES MENYUSUN DAN MELETAKKAN BAHAN
LANGKAH 5 (MENGHIAS KEK)
Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan sejukkan
- Kek boleh dihias mengikut cita rasa tersendiri.
Ini adalah kek yang telah siap dihias sedia untuk dihidangkan
Kek ini sesuai dihidangkan kepada tetamu terutamanya
TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN SERIPANTAIUSM
NAMA AHLI TUGASAN
1. HABIBAH BT HJ OMAR - MENGEDIT DAN MENGAMBIL VIDEO
2. SUHAILI BT SALEH - MENGEDIT VIDEO
3. SANATON AKMA BT OMAR - MENGEDIT VIDEO
4. NORAZLIZA BT SHAMSUDIN - MENGEMBDED VIDEO DAN STORYBOARD DI BLOG
- MEMBINA STORYBOARD
5. ROHANI BT SIDEK -MEMBINA STORYBOARD
6. ZAINI BT MAN - MEMBINA STORYBOARD
250
Read Users' Comments (0)